Selasa, 09 Desember 2008

sampaikan pada wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yg jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yg jahat.

4. Rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

5. Wanita yg memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yg diberikannya.

6. Wanita yg melayan dengan baik suami yg pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yg habiskan malamnya dengan tidak Bisa tidur kerana menjaga anaknya yg sakit akan mendapat pahala Seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yg melihat suaminya dengan kasih sayang & suami yg melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar & berjuang ke jalan Allah & kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat & bidadari & wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, & menunggu suaminya dengan menunggang kuda yg dibuat daripada yakut.

10. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yg memerah susu binatang dengan 'bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yg menguli tepung gandum dengan bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yg menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yg menjaga solat, puasa & taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yg dia suka.

15. Wanita yg hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yg hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa & setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yg menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat & puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas & jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yg meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yg memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yg masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yg satu belum terbela. Yg belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga & bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail

Tidak ada komentar: